Perhatian… Ini 5 langkah mudah cegah diabetes!

Perhatian… Ini 5 langkah mudah cegah diabetes!

Doktor sarankan setiap individu berusia 45 tahun ke atas untuk menjalani pemeriksaan diabetes tiga tahun sekali namun jangan tunggu dan mula ubah corak pemakanan anda.

Tabiat suka kepada makanan atau minuman manis sangat tidak sihat dan ini punca utama kadar pesakit kencing manis kian meningkat.

Menurut statistik Institut Diabetes Kebangsaan (NADI), hampir separuh daripada rakyat negara kita menghidap diabetes!

Jadi, sesuatu perlu dilakukan dengan kadar segera untuk mencegah atau mengawal diabetes jenis 2 – jenis kencing manis yang paling biasa berlaku.

Selain mengurangkan pengambilan gula, berikut merupakan beberapa langkah mudah lain yang perlu dilakukan:

1. Lakukan aktiviti fizikal

Bersenam sudah pasti akan menyihatkan tubuh badan.

Dalam pada itu, ia mampu menurunkan berat badan, merendahkan kadar gula serta menguatkan sensitiviti terhadap insulin.

Menurut kajian, senaman aerobik dan senaman rintangan mampu membantu mengawal diabetes.

Jadi, anda mungkin sudah boleh mandaftarkan diri untuk kelas yang menawarkan 2 aktiviti ini, ya?

2. Kurangkan berat badan

Kita selalu dimomokkan dengan penyataan orang gemuk lebih mudah diserang diabetes.

Hakikatnya, ia mungkin benar. Jadi, cuba kurangkan berat badan anda.

Menurut soal selidik, individu yang berjaya hilang 7 peratus dari berat badan, mampu mengurangkan risiko kencing manis sebanyak 60%! Jumlah yang agak banyak, bukan?

3. Ambil lebih banyak serat

Makanan yang kaya serat seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan kekacang sangat bagus dalam mengawal gula dalam darah.

Bukan itu sahaja, ia juga mampu membantu merendahkan risiko sakit jantung serta membuat anda kekal kenyang walaupun tidak banyak makan.

Disebabkan itu, anda juga secara tidak langsung dapat mengurangkan berat badan.

4. Ambil lebih banyak bijirin penuh

Makanan yang dikategorikan sebagai bijirin penuh juga dikatakan mampu membantu mengawal gula dalam darah.

Jadi, lebihkan pengambilan makanan bijirin penuh seperti roti, pasta dan bijirin.

Pun begitu, tidak semua produk ini yang boleh dikelaskan sebagai makanan bijirin penuh, bergantung kepada bahan di dalamnya.

Oleh itu, jadilah pengguna yang bijak dalam memilih.

5. Abaikan “Fad Diet”

“Fad Diet” adalah diet rendah karbohidrat, diet indeks glisemik serta pelbagai lagi jenis diet yang boleh membantu anda mengurangkan berat badan.

Ia mungkin baik dari satu segi namun keberkesanannya dalam mencegah diabetes dan kesan jangka masa panjangnya tidak diketahui secara total.

Ini kerana anda akan kehilangan banyak lagi nutrien penting untuk tubuh badan anda.

Sewajarnya, ambil diet yang sihat dan seimbang dengan kesemua nutrien yang diperlukan.

Bila perlu berjumpa doktor?

The American Diabetes Association menyarankan anda membuat pemeriksaan diabetes sekiranya anda:

  • Telah mencecah usia 45 tahun
  • Pernah mengalami pradiabetes
  • Mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti
  • Mempunyai sejarah ahli keluarga yang menghidap kencing manis
  • Menjalani hidup yang kurang aktif

Kesimpulannya, doktor menyarankan setiap individu yang berusia 45 tahun ke atas untuk menjalani pemeriksaan diabetes tiga tahun sekali.

Namun, jangan tunggu sehingga terlambat untuk mula ubah kehidupan anda dalam usaha mencegah penyakit berbahaya ini, ya?

Artikel ini diterbitkan di hellodoktor.com dan disemak Dr Duyen Le. Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.