Kanak-kanak maut dihempap ukiran ais di Luxembourg

Kanak-kanak maut dihempap ukiran ais di Luxembourg

Polis berkata, kanak-kanak itu maut dalam ambulans selepas terkena sebuah blok ais yang terjatuh di pasar Krismas.

Pasar Krismas yang dibuka di sekitar bandar Luxembourg menjelang sambutan Hari Krismas pada bulan depan. (Gambar visitluxembourg.com)
LUXEMBOURG:
Seorang kanak-kanak terbunuh akibat sebuah ukiran ais terjatuh di pasar Krismas di sini, kata polis.

“Berdasarkan bukti awal, sebuah ukiran ais jatuh dan sebuah blok ais terkena seorang kanak-kanak kecil sekitar 8 malam Ahad lalu.

“Kanak-kanak itu cedera parah dan mati dalam ambulans,” menurut kenyataan dikeluarkan polis.

Siasatan berhubung kejadian itu sudah dimulakan.

Kejadian itu berlaku beberapa meter dari gelanggang ais di pesta Krismas tahunan yang dibuka Khamis lalu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.