
Setiap haiwan mempunyai kelebihan tersendiri yang boleh dimanfaatkan untuk alam semulajadi.
Ia sama ada haiwan tersebut ada di sesebuah kawasan atau tidak untuk manfaatnya digunakan bersama.
Seperti memerang, haiwan ini sangat membantu untuk menjadikan sesebuah landskap lebih berdaya tahan terhadap perubahan iklim dan cuaca ekstrem.
Berikutan itu spesis ini akan diperkenalkan semula di dua bahagian di Britain sebagai sebahagian daripada rancangan untuk mengawal banjir.
Menurut badan amal bebas, National Trust yang menguruskan harta dan kawasan bersejarah, pihaknya merancang untuk melepaskan memerang Eurasia di dua lokasi di selatan England awal tahun depan.
“Empangan yang dibuat oleh memerang boleh menadah air pada musim kering, membantu mengurangkan hiliran banjir kilat, mengurangkan hakisan dan meningkatkan kualiti air dengan menahan lumpur,” jelas pengurus projek, Ben Eardley.
Memerang digambarkan sebagai jurutera alam di mana hasil kerjanya dapat membantu mewujudkan habitat tanah lembab untuk menyokong pelbagai spesies daripada serangga ke unggas buruan.
Dailymail melaporkan bahawa Eardley akan mengawasi pengenalan semula sepasang memerang di Holnicote berhampiran Taman Negara Exmoor di barat daya England.
Sepasang lagi memerang akan dilepaskan di Black Down Estate di pinggir South Downs dekat pantai selatan Inggeris.
Kesemua haiwan itu akan dilepaskan di kawasan hutan berpagar dan pakar akan memantau perubahan habitat yang dihasilkan.
National Trust turut berhasrat untuk memulihkan 25,000 hektar habitat hidupan liar menjelang tahun 2025 di tengah-tengah kebimbangan jumlah spesies itu yang semakin menurun sejak 1970.
Sejak beberapa minggu lalu, beberapa bahagian di utara England dilanda amaran banjir dengan ada di antaranya mengalami musim luruh paling basah pernah direkodkan.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]