Simbol brek tangan menyala, periksa dua komponen

Simbol brek tangan menyala, periksa dua komponen

Simbol brek tangan menyala disebabkan beberapa perkara yang mungkin anda terlepas pandang.

Brek tangan merupakan elemen penting dalam sesebuah kenderaan supaya anda boleh mengelakkan pelanggaran dan mengawal pergerakan serta kelajuan kereta anda.

Mungkin dalam hal ini anda telah membuat semakan pada setiap perkara yang melibatkan elemen tersebut, namun simbol pada skrin meter kereta anda muncul. Mengapa?

Jangan cemas dan perhatikan pada setiap sisi kenderaan dan skrin pada meter kereta, apa lagi simbol yang keluar pada waktu itu.

Jika ia berlaku, ia disebabkan dua perkara iaitu minyak brek di paras rendah atau kerosakan pada master brek pam dalam erti kata lain berlakunya kebocoran menurut pandulaju.com

Namun pad brek kereta haus juga boleh menyebabkan simbol tersebut menyala di skrin meter kereta anda.

Dalam masa yang sama periksa juga pedal brek kereta anda.

Jika sudah mengenal pasti puncanya datang daripada pad brek kereta, bermakna anda perlu tahu yang ketebalan pad brek melepasi tahap minimum atau lebih difahami pad brek telah nipis.

Perkara tersebut sekaligus akan menyebabkan paras penurunan minyak brek yang banyak dan kuantiti dalam “reservoir “kurang.

Dalam keadaan normal memang minyak brek akan turun atau berkurangan tetapi tidak sebanyak apabila pad brek anda semakin menipis.

Jalan penyelesaiannya gantikan saja dengan pad brek baru dan isi semula minyak brek.

Kebarangkalian kedua yang perlu anda periksa adalah kemungkinan sistem brek bocor.

Gejala bocor boleh jadi dalam selang brek, kaliper brek cakera, silinder roda brek dram atau master silinder.

Jika anda mengesan ada “basah” pada sambungan selang brek maka ia menunjukkan yang ia mempunyai kebocoran.

Maka segera baiki jika anda tidak mahu berdepan situasi luar jangkaan seperti brek tidak berfungsi ketika memandu.

Di samping itu anda juga boleh periksa tuil brek tangan.

Perkara yang perlu anda lakukan adalah bermain dengan tuil berkenaan jika simbol tersebut masih menyala cubalah periksa sama ada punat brek parkir sudah rosak.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.