
Kisah hidup Michael Jackson bakal difilemkan oleh pengeluar yang berjaya menaikkan filem ‘Bohemian Rhapsody’.
Deadline, Variety dan Hollywood Reporter berkata, pengeluar Graham King sudah memperoleh hak, termasuk muzik dari pemegang hak Jackson untuk membuat filem berkisar kehidupan penyanyi “Thriller” itu, yang pernah dicemari dakwaan penderaan seksual kanak-kanak.
Filem ini dijangka menyoroti perjalanan Jackson sejak kanak-kanak ke ikon global yang berakhir apabila dia meninggal dunia pada 2009 pada umur 50 tahun akibat pil tidur berlebihan, beberapa minggu sebelum konsert.
Memetik sumber yang tidak dinamakan filem itu tidak bertujuan untuk membersih sejarah kehidupan Jackson.
Malah skrip filem Jackson bakal ditulis oleh John Logan yang turut pernah menulis “The Aviator”.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]