Wanita Malaysia lambat kesan kanser payudara, kata menteri

Wanita Malaysia lambat kesan kanser payudara, kata menteri

43% wanita dikesan atau diagnosis pada tahap lewat iaitu tahap 3 atau 4.

Ramai wanita di Malaysia berdepan dengan kematian akibat kanser payudara berbanding wanita di negara lain.
KUALA LUMPUR:
Kanser payudara terus menjadi penyumbang tertinggi dalam kalangan wanita di negara ini dengan 31.1 kes daripada 100,000 penduduk, kata Menteri Kesihatan Dzulkely Ahmad.

“Malangnya 43% dikesan atau diagnosis di tahap yang lewat iaitu (tahap) 3 atau 4,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan Program Mammogram Percuma Etiqa di Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NSCM), hari ini.

Dzulkefly, kementeriannya memperuntukkan sebanyak RM216.9 juta daripada keseluruhan peruntukan dalam Belanjawan 2020 kepada agensi berkaitan berhubung rawatan onkologi.

“Itu peruntukan khusus,” katanya.

Februari lalu, Dzulkefly berkata kanser payudara menjadi penyakit tertinggi dalam kalangan wanita dengan peratusan sebanyak 32.1% diikuti 10.7% kolorektal dan 7.7% servik.

Sementara itu, Presiden NSCM Dr Saunthari Somasundaram berkata ramai wanita di Malaysia berdepan dengan kematian akibat kanser payudara berbanding wanita di negara lain.

Jelasnya ia berpunca daripada pengesanan yang lewat.

“Menurut laporan Pendaftaran Kanser Kebangsaan Malaysia dari 2007 hingga 2011, sejumlah 43% wanita hanya mengenalpasti yang mereka mempunyai kanser pada peringkat yang lewat.

“Kita perlu bertindak awal dari sekarang dalam menghindari kematian wanita akibat kanser payudara,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.