Dr Mahathir bawa Dr Siti Hasmah keluar ‘dating’ di KL

Dr Mahathir bawa Dr Siti Hasmah keluar ‘dating’ di KL

Hantaran di Instagram @chedetofficial itu memperoleh lebih 55,000 'likes' dan 2,000 komen netizen.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad bersama isteri Dr Siti Hasmah Mohamad Ali di sebuah kafe di ibu kota hari ini. (Gambar Instagram)
KUALA LUMPUR:
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad memanfaatkan cuti hujung minggu hari ini dengan membawa isteri, Dr Siti Hasmah Mohamad Ali keluar bersiar-siar di sekitar Kuala Lumpur.

Menerusi beberapa gambar yang dimuat naik di media sosial, pemimpin berusia 94 tahun itu dilihat memandu sendiri kereta Proton ke ibu kota bersama isterinya.

“Sekali sekala bawa Hasmah ‘dating’ di KL,” katanya dalam satu hantaran di Instagram @chedetofficial, hari ini.

Pasangan romantis itu juga meluangkan masa menjamu selera di sebuah kafe dipercayai di Jalan Bukit Bintang.

Hantaran yang mengandungi tiga keping gambar dan satu video itu telah memperoleh lebih 55,000 ‘likes’ dan 2,000 komen netizen.

Hantaran berkenaan turut mencuri tumpuan penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza yang memberi komen berbentuk emoji hati (love).

Selain itu, rata-rata netizen juga mengagumi keutuhan cinta Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah selain mendoakan kesejahteraan dan kesihatan mereka berdua.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.