Setiap bangsa mempunyai tradisi sendiri apabila insan tersayang sudah meninggal dunia, maka akan dikebumikan mengikut cara dalam agama masing-masing.

Ia tidak menjadi kepelikan apabila orang Islam dengan batu nisannya, Cina dengan caranya penyimpanan mayatnya yang rapi, begitu juga dengan kaum India.
Segala kemewahan ditinggalkan di dunia, yang dibawa hanyalah jasad dan amalan yang dilakukan di atas dunia ini.
Namun anehnya, terdapat netizen yang ingin membawa “kemewahan” mereka diabadikan bersama ketika dikebumikan.

Jika dulu terdapat seorang netizen dikebumikan dalam keranda rekaan teh boh kerana dia seorang penggemar teh, kini ada yang lebih pelik.
Di Ghana, terdapat pereka keranda terkenal yang mencipta pelbagai jenis keranda dengan rekaan yang pelik mengikut minat pelanggan.
Menceritakan perkara itu, Paa Joe menerusi laman sosial Instagramnya berkata antara rekaan keranda yang menjadi tarikan adalah kasut Air Jordan dan beg tangan jenama Louis Vuitton.

Ini kerana menurut kepercayaan mereka, kematian harus disematkan dalam cara yang bahagia dan penuh dengan memori.
Maka sebab itu, keranda dikatakan menjadi simbolik kepada si mati bagi menghargai mereka ketika hidup di atas dunia.
Dengan ilmu yang telah diturunkan ayahnya sendiri sejak Paa Joe berumur 16 tahun, beliau kini menghasilkan pelbagai rekaan keranda yang menjadi perhatian ramai netizen.

Ia turut menjadi pilihan kepada mereka yang “buntu” tidak tahu keranda jenis apa yang mereka inginkan.
Hasil kerja Paa Joe ini mendapat pengiktirafan apabila hasil karyanya dipamerkan di Pompidou Centre di Paris, V&A di London dan Muzium Brooklyn di New York.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]