5 lokasi menarik untuk anak-anak pada hujung minggu!

5 lokasi menarik untuk anak-anak pada hujung minggu!

Terdapat beberapa lokasi menarik anda boleh membawa anak beriadah pada hujung minggu.

Walaupun banyak lokasi yang menarik untuk beriadah, anda sering memikirkan di mana tempat terbaik yang boleh anda bawa anak setiap hujung minggu.

Ini kerana sebagai ibu bapa pasti akan membuat keputusan terbaik supaya anda boleh mengawal pergerakan anak-anak, namun dalam masa yang sama beriadah dengan tenang dan selamat.

Ia penting kerana terdapat sesetengah kanak-kanak yang bersifat agresif dan memerlukan pengawalan yang ketat ketika bermain.

Di sini terdapat empat lokasi yang Happygokl.com sarankan kepada anda pergi hujung minggu ini :

1. Taman Sri Hartamas

Taman Sri Hartamas tempat yang bagus untuk kanak-kanak agresif. Anda boleh melayani anak-anak bermain basikal, skuter, kerana ia mempunyai dua taman permainan.

Tempat ini juga mempunyai gelanggang bola keranjang, dan terdapat beberapa kemudahan untuk melakukan senaman. Jika anda mempunyai kenalan yang berdekatan di situ, anda boleh berjumpa dengan mereka dan menghabiskan masa dengan mereka sambil memantau anak anda bermain di taman permainan tersebut.

Tip

  1. Terdapat padang bola tertutup tetapi ia di kunci. Namun jangan bimbang kerana anda masih lagi boleh bermain bola sepak di padang yang luas di kawasan itu.
  2. Bawa tikar supaya anda boleh duduk dan berkelah di situ dan makan dalam keadaan yang selesa kerana di situ ada bangku tetapi tiada meja.
  3. Jika anda ingin pergi ke tandas, di situ terdapat Petronas yang berdekatan dengan kawasan tersebut.
  4. Bagi pencinta anjing, anda boleh membawa haiwan peliharaan ke sini kerana ia sangat dibolehkan, tiada masalah untuk itu!

Lokasi: Jalan Sri Hartamas 1, Sri Hartamas atau Waze: “Sri Hartamas Basketball Court”

2. Tugu Negara

Tugu Negara berdekatan dengan bukit di bawah Monumen Nasional di Jalan Tugu. Di bahagian atas taman terdapat sebuah kedai dan tandas sebagai kemudahan awam di situ.

Tempat ini cantik jika anda ingin melawat taman, arca dan mempunyai sebatang sungai yang kecil. Juga terdapat kolam kecil yang dipenuhi ikan di dalamnya.

Tip :

  1. Cari tempat yang selesa untuk anda bentangkan tikar kerana kawasan ini mempunyai bangku tetapi tiada meja.
  2. Taman ini tidak di pagar dan dan jalanraya di tepi taman ini sangat sibuk dengan kenderaan, jadi adalah lebih baik untuk anda berkelah di bahagian atas kerana ia lebih selamat untuk anak anda.
  3. Sediakan duit syiling supaya anda boleh pergi ke tandas dengan mudah.

Lokasi: Pesiaran Sultan Salahhudin, Kuala Lumpur.

3. Taman Metropolitan Batu

Taman Metropolitan Batu terletak pada jarak 10km dari KLCC dan ia mempunyai kawasan tasik yang sangat besar. Ia dibuka setiap hari bermula 6.15 pagi sehingga 7.30 petang. Kawasan ini sangat sesuai kepada mereka yang suka berkelah dan berjoging.

Di sini terdapat dua taman permainan besar untuk kanak-kanak dan mereka yang ingin berjalan kaki serta berjoging. Kawasan tersebut sangat dipelihara dengan baik kerana banyak ruang untuk pejalan kaki yang ingin berjalan di atas rumput.

Tip :

  1. Taman Metropolitan mempunyai meja dan bangku untuk anda duduk, namun mempunyai ruang jika anda ingin membentang tikar untuk berkelah.
  2. Mempunyai papan tanda tidak boleh bermain bola di sini, namun ramai netizen yang tetap bermain bola serta badminton.
  3. Di sini, anjing tidak dibenarkan untuk dibawa kerana taman ini sering menganjurkan persembahan kemasyarakatan.

Lokasi: Di jalan ke Batu Caves.

4. Taman Botani Perdana

Taman Botani Perdana juga dikenali sebagai Taman Tasik, merupakan sebuah taman besar di KL yang mempunyai keluasan 90 hektar. Dari pintu masuk Royal Lake Club, ia mempunyai laluan pejalan kaki untuk ke taman permainan yang sangat besar.

Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini seperti meluncur dan bermain bola sepak. Ia juga sedikit berbeza kerana di tengah taman ini mempunyai tanaman pokok hijau yang sangat mendamaikan.

Tip :

  1. Tempat kereta di sini banyak namun boleh menjadi sukar kerana banyak pengunjung yang akan datang.
  2. Mempunyai kemudahan dan beberapa kedai kecil yang membolehkan anda membeli makanan dan minumam ringan.
  3. Pagar ditutup jam 8 malam.

Lokasi: Jalan Kebun Bunga, Tasik Perdana.

5. Taman Tasik Titiwangsa

Tasik Titiwangsa terletak berhampiran dengan pusat bandar, di sebelah Istana Budaya (Istana Kebudayaan) dengan pemandangan ke arah bandar dan menara berkembar.

Tempat ini sangat bagus untuk aktiviti berbasikal, dan boleh juga menunggang kuda. Terdapat laluan berjalan kaki yang luas dan pokok-pokok untuk teduh. Jika anda tidak mempunyai masa untuk berkelah maka terdapat beberapa beberapa restoran yang menjual makanan dan minuman.

Tips
  1. Meja berkelah tersedia, tetapi banyak ruang untuk anda duduk dengan selesa di atas tikar. jadi jangan lupa untuk membawanya dari rumah.
  2. Terdapat tempat letak kereta di sekitar taman, tetapi tiba lebih awal atau mengambil Grab jika berkunjung pada hujung minggu.

Lokasi: Taman Tasik Titiwangsa.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.