PMO nafi Dr M bergegas dapatkan rawatan

PMO nafi Dr M bergegas dapatkan rawatan

Perdana menteri dalam keadaan tidak membimbangkan dan bertugas seperti biasa.

KUALA LUMPUR:
Pejabat Perdana Menteri menafikan laporan mengatakan Dr Mahathir Mohamad bergegas untuk mendapatkan rawatan.

Seorang jurucakap berkata Mahathir hanya mengalami sedikit pendarahan hidung.

“Beliau berada dalam keadaan sihat dan tidak membimbangkan. Beliau bertugas seperti biasa,” katanya.

Terdahulu, portal The Malaysian Insight melaporkan Mahathir bergegas untuk mendapatkan rawatan semasa sidang media sedang berjalan.

Mahathir, yang menghadiri Kongres dan Pameran Minyak Sawit Antarabangsa 21019 (Pipoc), dilihat mengesat hidung menggunakan tuala tangan semasa menjawab soalan pemberita.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.