Ratu Cantik Malaysia peragakan busana kuih-muih

Ratu Cantik Malaysia peragakan busana kuih-muih

Busana yang menampilkan pelbagai kuih-muih Malaysia sinonim dengan masyarakat Melayu, Cina dan Peranakan akan digayakan pada pentas akhir pertandingan Miss Universe ke-68 Disember ini.

Setiap tahun semua orang pasti ternanti-nanti acara tahunan iaitu pertandingan ratu cantik seperti Miss Universe.

Ini kerana setiap negara yang menyertainya akan memperlihatkan para pesertanya tampil memperagakan busana tradisional negara masing-masing.

Selepas busana Nasi Lemak dan Wonder Women pada tahun lepas, kini busana Miss Universe Malaysia sekali lagi mencuri tumpuan ramai.

Ratu Cantik Malaysia 2019, Shweta Sekhon akan memperagakan busana yang diilhamkan daripada kuih-muih Malaysia.

Busana yang dinamakan “A Peranakan Indugence” ini dihasilkan oleh pereka terkenal tanah air iaitu Carven Ong.

Apa yang menarik pada busana ini ia menggabungkan beberapa pencuci mulut tempatan yang sinonim dengan budaya masyarakat Melayu, Cina dan Peranakan.

Dan antara sajian pemanis mulut yang terdapat dalam replika busana itu adalah seperti kuih onde-onde, kuih koci, talam, kuih lapis, sago dan telur merah sebagai aksesori tambahan mengelilingi pakaian yang akan diperagakan oleh Ratu Cantik Malaysia, Shweta Sekhon.

Daripada segi penggunaan material dan fabrik, Carven memilih songket yang sering menjadi pilihan dalam pakaian perkahwinan Melayu dan batik Nyonya yang merupakan kebanggaan wanita Peranakan.

Shweta berkata walaupun busana tersebut agak berat iaitu 28kg untuk diperagakan tetapi dia akan mengambil ini sebagai cabarannya untuk bergelar Ratu Cantik Dunia.

Difahamkan, pentas akhir pertandingan Miss Universe ke-68 akan berlangsung di Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat (AS), 8 Disember ini.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.