Wabak pneumonia di China terkawal

Wabak pneumonia di China terkawal

Pihak berkuasa kesihatan berkata, dua pesakit dari Inner Mongolia, yang didiagnosis dengan penyakit mudah berjangkit dan sering membawa maut itu, telah dikuarantin.

Populasi tikus meningkat di Inner Mongolia akibat cuaca kering yang berterusan. Wabak itu yang melanda wilayah itu sejak musim panas lepas menyebabkan kerosakan sehingga 600 juta yuan.
SHANGHAI:
Pegawai kesihatan China memberitahu wabak penyakit pneumonia masih terkawal kerana sehingga hari ini hanya dua kes baru dilaporkan di Beijing minggu ini, lapor China Daily.

Pihak berkuasa kesihatan di daerah Chaoyang pada Selasa mengumumkan dua pesakit dari Inner Mongolia, yang didiagnosis dengan penyakit mudah berjangkit dan sering membawa maut itu, telah dikuarantin.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China berkata, semua orang yang berisiko terdedah kepada wabak tersebut telah dikesan dan dirawat dan hospital juga meningkatkan pemantauan terhadap individu yang menunjukkan simptom sama.

Wabak pneumonia adalah penyakit paru-paru yang disebarkan oleh tikus dengan kematian pada kadar 100 peratus jika tidak ditangani, kata pihak berkuasa kesihatan Beijing.

Populasi tikus meningkat di Inner Mongolia akibat cuaca kering yang berterusan. Wabak itu yang melanda wilayah itu sejak musim panas lepas menyebabkan kerosakan sehingga 600 juta, kata agensi berita Xinhua.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.