Jalan ke Himpunan Penyatuan Ummah Tg Piai sesak sejauh 2km

Jalan ke Himpunan Penyatuan Ummah Tg Piai sesak sejauh 2km

Lebih 5,000 hadir ke Himpunan Penyatuan Ummah di Kampung Sawah malam tadi.

Ribuan wanita datang untuk Himpunan Penyatuan Ummah di Tanjung Piai malam tadi.
PEKAN NANAS:
Jalan menuju ke Himpunan Penyatuan Ummah di Parlimen Tanjung Piai malam tadi sesak dengan kenderaan dan orang ramai sejauh 2km.

Setibanya FMT di tapak acara, lebih 5,000 hadirin memenuhi padang di Kampung Sawah untuk himpunan yang menampilkan pimpinan Umno dan PAS.

Pengerusi acara, Tajuddin Abdul Rahman dari Umno, yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak, menujukan kehadiran malam ini buat Pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad.

“Semalam ceramah PH dikatakan ‘hanya’ 2,000 orang,” katanya.

Pemimpin Umno dan PAS berkongsi pentas. Bekas perdana menteri Najib Razak (duduk, dua dari kiri) bersama Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan dan presidennya, Ahmad Zahid Hamidi, dan Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man.

Turut hadir Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan timbalannya, Mohamad Hasan; Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man; Setiausaha Agung Pas Takiyuddin Hassan; dan bekas perdana menteri Najib Razak.

Orang ramai dibahagikan kepada dua bahagian iaitu wanita di satu bahagian dan lelaki di satu bahagian. Sebahagiannya berkerusi manakala selebihnya duduk bersila.

Antara lelaki yang sanggup meredah kesesakan sejauh 2km untuk Himpunan Penyatuan Ummah.

Pengerusi Barisan Nasional Johor, Hasni Mohammad berharap kehadiran malam ini dapat diterjemahkan kepada undi untuk calonnya, Wee Jeck Seng pada 16 Nov ini sempena Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai yang sedang berlangsung.

“Marilah kita terus berdoa,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.