
Akmal berkata perkara itu dibincangkan dalam beberapa mesyuarat jawatankuasa kongres dan diputuskan pada 20 Okt lepas.
“Sekiranya ada pendapat tidak setuju, bangkitkan dalam saluran yang sebaiknya,” katanya kepada pemberita di Parlimen hari ini.
Akmal dan timbalannya, Muhammad Hilman Idham berbalas kenyataan berhubung pembatalan undangan kepada Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sebagai perasmi.
Hilman bersama 20 pimpinan Pemuda PKR lain mengkritik Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution, mengatakan pembatalan itu bukti perpecahan dalaman. Saifuddin dilapor menyerahkan soal perasmi kepada Pemuda.
Apabila ditanya kenapa Pemuda mahu-mahu menukar “tradisi” perasmi kongres, Akmal menjelaskan undangan bukan tertakluk pada individu.
Kongres Nasional Pemuda PKR akan berlangsung pada 6 Dis di Melaka International Trade Centre (MITC).