Tony Fernandes letak jawatan pengarah bukan eksekutif Tune Protect

Tony Fernandes letak jawatan pengarah bukan eksekutif Tune Protect

Tune Protect dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata peletakan jawatan Fernandes berkuat kuasa hari ini.

Tony Fernandes.
KUALA LUMPUR:
Tony Fernandes meletakkan jawatannya sebagai pengarah bukan eksekutif Tune Protect Group Bhd berikutan penyusunan semula pasukan kepimpinan Kumpulan AirAsia, manakala Aireen Omar dilantik sebagai pengarah bukan eksekutif.

Fernandes, yang merupakan pemegang saham utama syarikat itu serta ketua pegawai eksekutif Kumpulan AirAsia, menjadi pengarah bukan eksekutif syarikat insurans digital tersebut pada 1 Julai selepas Kamarudin Meranun memutuskan untuk tidak dilantik semula sebagai pengarah dengan berakhirnya tempoh perkhidmatan beliau pada 30 Jun dengan Bank Negara.

Tune Protect dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata peletakan jawatan Fernandes berkuat kuasa hari ini, manakala pelantikan Aireen bermula 14 Nov.

Ketika ini Aireen memegang jawatan presiden Kumpulan AirAsia (RedBeat Ventures). Beliau merupakan lulusan ekonomi daripada London School of Economics and Political Science dan memegang ijazah Sarjana Ekonomi daripada Universiti New York.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.