Warga Syria ditahan polis meninggal dunia di hospital

Warga Syria ditahan polis meninggal dunia di hospital

Suspek mengadu tidak sihat semasa ditahan dan berada di Hospital Tengku Ampuan Afzan sejak 3 Nov.

KUANTAN: Seorang lelaki warga Syria yang ditahan polis bagi membantu siasatan kes memiliki senjata api palsu meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Othman Nanyan berkata suspek berusia 22 tahun itu disahkan meninggal dunia pada 5.55 pagi, selepas dimasukkan ke hospital itu sejak 3 Nov lepas.

“Suspek ditahan pada 2 Nov lalu di Jalan Beserah di sini dan mengadu tidak sihat semasa ditahan menyebabkan dia dibawa ke HTAA. Setakat ini, kami masih menunggu laporan bedah siasat untuk mengetahui sebab kematian.

“Suspek dipercayai masuk ke negara ini untuk menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di ibu negara,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan hari ini.

Othman berkata setakat ini, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.