‘Osama bin Laden’ ditangkap selepas bunuh 5 orang di India

‘Osama bin Laden’ ditangkap selepas bunuh 5 orang di India

Seekor gajah liar telah ditangkap semalam dan dipindahkan ke kawasan hutan yang luas serta tidak mempunyai ramai manusia yang tinggal di situ.

Gajah yang diberi nama Osama bin Laden akhirnya ditangkap selepas gajah tersebut menyebabkan lima penduduk kampung maut awal minggu lalu.

Menurut laporan AFP, pihak berkuasa terpaksa menggunakan gajah jinak untuk memantau keadaan di perkampungan itu dari jarak selamat dan dron bagi memantau pergerakannya.

Gajah tersebut diberi nama Osama bin Laden sempena nama pemimpin kumpulan militan al-Qaeda.

Osama ditemui di sebelah timur laut India dan pencariannya menggunakan gajah peliharaan dan dron selama beberapa hari di dalam hutan.

“Operasi pencarian Osama sudah berakhir.. dua anak panah dihalakan kepada Osama yang menyebabkan dia tertidur.

“Sekarang apa yang kita akan lakukan adalah pindahkannya ke hutan di mana tidak ada manusia yang tinggal berdekatan dengannya,” kata Pegawai Perhutanan India.

Dilaporkan haiwan tersebut sebelum ini sering mengamuk di sebuah perkampungan di Assam, India dua minggu lalu.

“Sebelum ini, Osama pernah memusnahkan sawah padi, menyerang kampung kami hingga meragut nyawa penduduk,” kata seorang penduduk di daerah Goalpara.

Menurutnya, haiwan itu dipercayai bertindak ganas secara sendirian.

Sebelum ini, hampir 2,300 orang terbunuh gara-gara gajah mengganas di India sejak lima tahun lalu dan ia juga menyebabkan kira-kira 700 gajah dibunuh sejak 2011 sama ada ditembak oleh penduduk setempat atau mati terkena pagar elektrik.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.