Calon PH akur kempen rumah ke rumah perlu permit polis

Calon PH akur kempen rumah ke rumah perlu permit polis

Urusetia Karmaine Sardini sudah menguruskan permohonan permit.

TANJUNG PIAI: Calon Pakatan Harapan (PH), Karmaine Sardini akur dengan peringatan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas polis meminta kempen rumah ke rumah perlu mendapat permit.

Beliau berkata perkara itu sudah dimaklumkan kepadanya dan urusetianya sudah menguruskan permohonan permit.

“Tidak ada masalah. Kalau SPR suruh dapatkan permit kita dapatkan,” katanya kepada FMT.

SPR hari ini memaklumkan polis meminta semua parti dan calon bertanding pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai supaya mendapatkan permit bagi kempen rumah ke rumah kerana ia juga suatu bentuk berkempen.

Karmaine berkata syarat baru itu perkara baru, dan menambah permit tidak pernah diminta bagi program tinjauan kedai, pasar malam dan rumah ke rumah sebelum ini.

“Mungkin dah ada akta baru. PH sudah dimaklumkan dalam mesyuarat. Saya sudah rujuk kepada pucuk pimpiman parti untuk minta nasihat benda ini,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.