
Sesiapa sahaja yang ingin melancong ke luar negara pasti akan membawa beberapa pek makanan dari Malaysia seperti mee segera atau produk Brahim’s yang sudah tentu tahu ia produk halal.
Walaupun ada negara yang anda melancong sudah diketahui mudah untuk mendapatkan makanan halal namun ada juga yang akan membawa bekalan ini sebagai salah satu barang kecemasan.
Namun bagi mereka yang berkunjung ke Jepun anda pasti akan merasa lega selepas mengetahui negara matahari terbit itu kini menyediakan makanan halal menggunakan vending mesin.
Bagi mereka yang berkunjung ke Jepun pasti mengetahui setiap lorong di negara itu pasti mempunyai vending mesin dan ia ia merupakan antara budaya unik masyarakat Jepun.
Dan terbaru menerusi laman sosial “Japan Muslim Guide” memaklumkan terdapat vending mesin yang menyediakan makanan segera dari Malaysia iaitu produk Brahim’s, mee segera dan snek.

Jadi jika anda ingin melancong ke Jepun selepas ini, anda tidak perlu lagi packing produk Brahim’s dan dapat jimat ruang bagasi anda.
Ini juga pastinya satu berita baik buat kaki travel.
Sebagai rakyat Malaysia sudah tentu berita sesuatu yang patut dibanggakan apabila produk Brahim’s berjaya menembusi pasaran di Jepun.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]