Jackie Chan batal lawatan amal ke Vietnam susulan tuntutan kontroversi China

Jackie Chan batal lawatan amal ke Vietnam susulan tuntutan kontroversi China

Pelakon kelahiran Hong Kong itu telah bersedia untuk melawat Hanoi esok bagi menyokong Operation Smile, program amal menyediakan pembedahan percuma kepada kanak-kanak mengalami kecacatan wajah.

Jackie Chan membatalkan lawatan ke Hanoi esok bagi menghadiri program amal susulan bantahan dalam talian. (Gambar AP)
HANOI:
Lawatan bintang filem, Jackie Chan ke Vietnam sempena program amal terpaksa dibatalkan berikutan serangan balas dalam talian berkaitan tuntutan China ke atas wilayah Laut China Selatan, yang menjadi pertikaian membabitkan beberapa negara.

Pelakon kelahiran Hong Kong itu telah bersedia untuk melawat Hanoi esok bagi menyokong Operation Smile, program amal menyediakan pembedahan percuma kepada kanak-kanak mengalami kecacatan wajah.

Bagaimanapun rancangan itu dibatalkan setelah beribu-ribu pengguna Facebook yang marah membanjiri halaman rasmi program amal itu ketika lawatannya diumumkan minggu lalu.

Beberapa komen mereka mendakwa Chan menyokong peta kontroversi sembilan garis dikeluarkan China – justifikasi bersejarah Beijing dalam tuntutan mereka ke atas wilayah yang kaya dengan sumber alam.

Chan tidak secara khusus menyatakan sokongan awam terhadap tuntutan maritim berkontroversi itu.

Vietnam, Malaysia, Filipina, Taiwan dan Brunei semuanya mempunyai tuntutan di laluan air yang bertindih dengan China, yang menjadi sumber ketegangan di rantau ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.