
Beliau berkata perkara itu akan diuruskan di Perak kerana tumpuan Pakatan Harapan (PH) masa ini pada Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai.
“Saya akui ini satu masalah yang kita takkan lari dari hadapinya.
“Biar ia diuruskan di Perak kerana kita di Tanjung Piai. Mesti diuruskan tetapi di Perak,” katanya ketika ditemui pada satu ceramah PH.
Terdahulu tular satu klip video mirip Ahmad Faizal Azumu yang berkata di Perak dia terkontang-kanting seorang diri melawan “puak-puak DAP”.
“Saya nak pertahankan tanah orang Melayu. Saya nak perjuangkan agama kita,” kata lelaki dalam klip video itu.
Sementara itu, Lim berkata PH memikirkan kepentingan semua pengundi dan kaum.
“Nak pasti semua dari segi kos sara hidup dan perkerjaan, adakah pembangkang semua selesaikan?
“Hanya calon PH boleh bawa penyelesaian,” katanya.