
Lima belas orang, termasuk seorang pegawai polis dan sukarelawan pertahanan kampung, terbunuh pada lewat Selasa lalu apabila anggota pemisah disyaki menyerang pusat pemeriksaan keselamatan di Yala.
Ia adalah satu-satunya serangan paling teruk kebelakangan ini di rantau dihimpit konflik pemberontakan Muslim, yang telah membunuh beribu-ribu orang dalam tindakan menentang kerajaan pusat Thailand, yan dikuasai majoriti beragama Buddha.
Tidak ada pihak yang mendakwa tanggungjawab ke atas kejadian itu, seperti biasa dengan serangan-serangan sedemikian di rantau ini.
“Kami mempunyai bukti menunjukkan BRN,” kata Ronnasilp Pusara, komander polis di selatan, merujuk kepada Barisan Revolusi Nasional, kumpulan pemberontak utama yang beroperasi di selatan.
“Kami telah menangkap seorang suspek, yang kini disoal siasat. Dia juga milik BRN,” katanya.
Reuters tidak dapat segera menghubungi wakil BRN untuk mendapatkan komen.
Pemberontakan pemisah di wilayah Melayu-Muslim di Yala, Pattani, dan Narathiwat, Thailand telah membunuh hampir 7,000 orang sejak 2004, kata Deep South Watch, sebuah kumpulan yang memantau keganasan.
Pada bulan Ogos, BRN memberitahu Reuters ia telah mengadakan pertemuan rahsia dengan kerajaan, tetapi sebarang langkah ke arah proses perdamaian semakin kabur selepas timbalan perdana menteri menolak permintaan utama untuk pembebasan tahanan.