Siapa tidak kenal dengan pelakon filem Matrix, Keanu Reeves yang sebelum ini seringkali gagal dalam percintaan.

Malah dalam satu sesi temubual sekitar bulan Jun lalu, bintang Hollywood ini mengakui hidupnya seperti lelaki single yang lain dan hidup “berseorangan” tanpa teman wanita.
Namun kini peminat setianya boleh tersenyum lebar kerana pelakon idaman mereka ini dikhabarkan sudah menemui cinta baru.
Ini kerana Reeves dilaporkan menghadiri majlis anugerah LACMA Art +Film di Los Angeles bersama seorang wanita, Alexandra Grant yang dikatakan teman wanitanya seperti yang dilaporkan thesun.co.uk
Grant juga seorang artis dan mereka berdua dilihat sangat mesra ketika berjalan di acara karpet merah pada majlis tersebut.
Untuk rekod dalam sejarah 35 tahun Reeves dalam bidang lakonan, beliau tidak pernah membawa mana-mana teman ketika menghadiri majlis karpet merah.

Walaupun ramai yang gembira dengan berita ini, namun ada juga yang tidak setuju dengan perhubungan mereka.
Ada yang berpendapat Reeves boleh mendapat pasangan yang jauh lebih cantik dan Grant nampak lebih tua.
Sedangkan hakikatnya Reeves kini berusia 55 tahun dan Grant pula berusia 46 tahun.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]