Salah guna badan amal, Trump diarah bayar AS$2 juta

Salah guna badan amal, Trump diarah bayar AS$2 juta

Donald Trump didakwa menggunakan bekas badan amalnya, Yayasan Trump bagi kepentingan politik dan perniagaannya.

Donald Trump menggunakan dana badan amal untuk membeli potret peribadinya untuk dipamerkan di kelab golf miliknya. (Gambar AP)
NEW YORK:
Seorang hakim New York mengarahkan Donald Trump membayar AS$2 juta pada Khamis kerana menggunakan bekas badan amalnya bagi kepentingan politik dan perniagaannya.

Hakim Mahkamah Agung New York Saliann Scarpulla memberitahu Trump supaya membayar ganti rugi kepada kumpulan organisasi bukan berasaskan keuntungan untuk menyelesaikan tuntutan sivil yang difailkan Peguam Negara, Letitia James.

James memfailkan saman itu terhadap Yayasan Trump pada Jun tahun lalu, mendakwa ia “berlawanan undang-undang berterusan” termasuk penyelarasan yang tidak betul antara badan amal itu dengan pasukan kempennya pada 2016.

Trump bersetuju membubarkan badan amal persendiriannya pada Disember tetapi saman itu diteruskan kerana peguam negara mahu mendapatkan semula jutaan dolar sebagai pemulangan dan penalti.

“Keputusan itu adalah kemenangan besar dalam usaha kami melindungi aset amal dan bertanggungjawab terhadap mereka yang akan menyalahgunakan badan amal demi keuntungan peribadi,” kata James dalam satu kenyataan.

Saman itu menuduh Trump menggunakan dana yayasan itu untuk menyelesaikan tuntutan mahkamah, mempromosi hotel berjenama Trump dan perbelanjaan peribadi, termasuk pembelian potret dirinya untuk dipamerkan di salah satu kelab golf miliknya.

Ia juga mengatakan pada awal 2016 ketika Trump bergelar presiden, beliau menganjurkan apa yang dakwa sebagai pengumpulan dana Yayasan Trump tetapi sebenarnya adalah acara kempen.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.