Ringgit dibuka susut berbanding dolar AS

Ringgit dibuka susut berbanding dolar AS

Pasaran belum pasti sama ada Donald Trump akan bersetuju untuk memansuhkan beberapa tarif sedia ada ke atas barangan China.

Menurut penganalisis, mata wang tempatan akan terus menguji paras 4.12 sekiranya tiada perkara berisiko besar atau negatif berlaku dalam perbincangan perdagangan AS-China.
KUALA LUMPUR:
Ringgit rendah sedikit semasa urus niaga dibuka pagi ini berikutan kurang minat belian, terkesan oleh ketidaktentuan yang menyelubungi rundingan perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China, kata seorang peniaga.

Pada 9.06 pagi, ringgit disebut harga pada 4.1260/1300 berbanding dolar AS daripada 4.1225/1255 semasa ditutup pada Khamis.

Strategis pasaran Asia Pasifik Axi Trader Stephen Innes berkata, pasaran masih belum pasti sama ada Presiden AS Donald Trump akan bersetuju untuk memansuhkan beberapa daripada tarif sedia ada ke atas barangan China.

“Mata wang tempatan akan terus menguji paras 4.12 sekiranya tiada perkara berisiko besar atau negatif berlaku dalam perbincangan perdagangan AS-China,” katanya .

Sementara itu, mata wang tempatan didagangkan lebih tinggi berbanding mata wang utama.

Ringgit naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0365/0415 daripada 3.0382/0408 semasa urus niaga ditutup semalam dan meningkat berbanding yen kepada 3.7753/7800 daripada 3.7797/7828.

Ia mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.2862/2926 daripada 5.3036/3095 dan naik berbanding euro kepada 4.5576/5637 daripada 4.5661/5706.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.