
Pos Aviation yang mengendalikan perkhidmatan logistik darat mengesahkan kejadian kebocoran radioaktif itu dalam satu kenyataan hari ini.
“Sebagaimana diarahkan oleh pihak bomba KLIA, semua petugas dipindahkan daripada bangunan terminal dan semua operasi dihentikan sementara sehingga notis selanjutnya,” katanya.
Ibu pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ketika dihubungi juga mengesahkan berlaku satu kejadian kebocoran radioaktif di Sepang dan keadaannya dilaporkan terkawal.
Seorang petugas di Pos Aviation ketika dihubungi memaklumkan melihat Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) JBPM berada di tempat kejadian.