Pengambaran filem terbitan Marvel Studios, The Eternals digemparkan dengan penemuan sebutir bom lama di Canary Islands baru-baru ini.

Berikutan penemuan bom itu pada 4 November lalu, semua pelakon termasuk pelakon Korea Selatan, Ma Dong Seok, kakitangan dan kru produksi diarahkan mengosongkan lokasi terbabit serta-merta.
Selain Dong Seok, filem berkenaan turut dibintangi Angelina Jolie dan Richard Madden.
Bagaimanapun, ketika penemuan itu Dong Seok tidak berada di lokasi terbabit.
Difahamkan, pakar pemusnah bom yang tiba di situ berjaya membawa keluar bom yang dipercayai ditinggalkan ketika Perang Dunia Kedua.
Bagaimanapun, pasukan produksi akan mengambil masa untuk menyambung kembali penggambaran tersebut.

Menurut laporan media, bom berkenaan dipercayai berada di situ sejak puluhan tahun lalu dan tidak pernah disentuh.
“Semua yang berada di lokasi terbabit ketakutan memandangkan mereka tidak tahu apa boleh berlaku jika terusiknya secara tidak sengaja.
“Maklumat bila dan di mana bom itu dihasilkan serta berapa lama berada di lokasi juga belum diketahui. Lokasi penggambaran itu pernah digunakan tentera Jerman ketika Perang Dunia Kedua,” katanya.
Filem berkenaan mengenai adiwira yang digelar The Eternals.
Dang Seok membawa watak Gilgamesh iaitu adiwira yang memiliki kuasa setanding Thor dan Hercules.
Filem arahan Chloe Zao itu memulakan penggambaran sejak Julai lalu dan dijangka ditayangkan 6 November tahun depan.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]