Anda pasti akan merasa pelik jika dapat tahu yang seseorang itu tidak mempunyai akaun Facebook.

Ini kerana ia merupakan laman sosial yang paling popular menghubungkan anda bersama rakan dan kenalan untuk berkongsi cerita, pendapat dan pandangan.
Ia bukan perkara baru kerana sejak dulu lagi kita sudah didedahkan dengan pelbagai platform media sosial untuk menjadi mencari kenalan baru.
Antaranya, Friendster diasaskan pada 2002, mempunyai 115 juta pengguna berdaftar dan lebih 61 juta pengunjung setiap bulan di seluruh dunia.
Namun terdapat laman sosial yang lebih awal daripada itu pernah wujud dan mungkin ramai tidak tahu mengenainya.
Orkut merupakan laman web sosial yang membolehkan pengguna mendapat maklumat yang di hujung jari, selain bertemu teman baru dan memelihara hubungan yang sudah terjalin. Di sini pengguna juga dapat berkongsi pendapat dan minat yang sama.
Ia diasaskan individu yang bernama Orkut Buyukkokten dan aktif pada Oktober 2006.
Myspace suatu ketika dulu sangat popular dalam kalangan belia dan menjadi antara laman media sosial yang pernah berada di tangga teratas pilihan orang ramai, walaupun pada asalnya ia dilancarkan sebagai satu projek sampingan sahaja.
Namun sekitar 2010, pengguna Myspace semakin menurun dan mengalami kesukaran untuk mengekalkan kepopularitian mereka.
Ia dilancarkan secara rasmi pada tahun 2004 di mana pengasas Myspace telah mendapat idea dan inspirasinya daripada laman Friendster.
Selepas bulan pertama Myspace berada dalam internet, lebih sejuta orang telah mendaftar dan apabila tahun 2005 tiba, jumlahnya meningkat dengan pantas sehingga menerima lebih kurang 20 juta orang pendaftar.
Myspace juga dikenali sebagai laman sosial untuk pemuzik, di mana mereka boleh menggunakan untuk memuat naik mp3 lengkap dan menjual muzik secara terus dari profil mereka.
3. LinkedIn
LinkedIn merupakan laman web sosial yang berkonsepkan bisnes, terutamanya ia digunakan untuk jaringan profesional. Sehingga September 2007 laman web ini memiliki lebih dari 14 juta pengguna berdaftar, meliputi 150 industri dan lebih dari 400 bidang ekonomi yang diklasifikasi.
CEO LinkedIn saat ini adalah Dan Nye dan lokasi ibu pejabatnya di Mountain View, California. Perusahaan ini dibiayai oleh Greylock, Sequoia Capital, Bessemer Venture Partners, serta European Founders Fund.
LinkedIn mulai meraih keuntungan sejak Mac 2006.
Berdasarkan analisa trafik web Alexa, Twitter merupakan salah satu daripada 50 laman web paling popular di seluruh dunia.
Biarpun anggaran bilangan pengguna harian berbeza-beza kerana pihak syarikat Twitter tidak mengeluarkan bilangan akaun yang aktif, namun blog Compete.com pada bulan Februari 2009 meletakkan Twitter sebagai rangkaian sosial ketiga paling banyak digunakan.
Ia merupakan sebuah laman web yang dimiliki oleh Twitter Inc dimana ia menawarkan jaringan sosial berupa mikroblog sehingga membolehkan penggunanya untuk mengirim dan membaca pesanan yang disebut kicauan (tweets).
Kicauan adalah teks tulisan hingga 140 perkataan yang ditunjukkan pada halaman profil pengguna.
Seperti Facebook sendiri, ia merupakan sebuah laman sosial yang dimiliki secara persendirian oleh Facebook, Inc.
Sejak 2006, sesiapa yang berumur 13 tahun ke atas dan memiliki alamat e-mel yang sah boleh menjadi pengguna Facebook.
Facebook lebih menyasarkan golongan belia berbanding dewasa.
Ia diasaskan Mark Zuckerberg yang kini mempunyai 400 juta pengguna aktif seluruh dunia.
Bagi mengikuti perkembangan arus semasa, Facebook Inc semalam mengumumkan logo baharu syarikat itu bertujuan untuk membezakan dengan aplikasinya.
Syarikat media sosial gergasi itu memaklumkan, ia akan mula menggunakan jenama baharu tersebut dalam produk dan bahan pemasarannya serta bakal mengemas kini laman web “Facebook for Business” dalam tempoh beberapa minggu akan datang.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]