MoU Mara Corp-Lynas Malaysia tidak direstui Majlis Mara

MoU Mara Corp-Lynas Malaysia tidak direstui Majlis Mara

Oleh itu, segala penglibatan dengan pihak lain dalam sebarang inisiatif baru perlu melalui proses mendapatkan kelulusan Majlis Mara dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar, kata kenyataan itu.

Majlis menandatangani MoU antara Mara Corp dan Lynas Malaysia di Kuala Lumpur semalam.
PETALING JAYA:
Majlis Amanah Rakyat (Mara) berkata tindakan Mara Corp menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Lynas Malaysia, semalam tidak selaras dengan ketetapan Majlis Mara yang menetapkan sebarang inisiatif baru perlu mendapat “kelulusan” badan itu.

Kenyataan dikeluarkan hari ini berkata, Mara ingin menjelaskan bahawa tindakan tersebut adalah tanpa kelulusan Majlis Mara.

“Tindakan Mara Corp menandatangani MoU ini tidak selaras dengan ketetapan Majlis Mara yang mana sebarang inisiatif baru perlu mendapat pertimbangan Majlis Mara.

“Terkini, Majlis Mara akan menetapkan hala tuju Mara Corp (anak syarikat Mara) dalam masa terdekat.

“Oleh itu, segala penglibatan dengan pihak lain dalam sebarang inisiatif baru perlu melalui proses mendapatkan kelulusan Majlis Mara dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar,” kata beliau.

Semalam, Mara Corp mengumumkan jalinan kerjasama dengan Lynas Malaysia untuk melaksanakan beberapa projek utama termasuk menarik syarikat dan industri hiliran melabur ke Malaysia.

Semasa majlis menandatangani MoU itu, Pengerusi Mara Corp, Akhramsyah Muammar Ubaidah memaklumkan bahawa pihaknya melihat potensi tinggi dalam industri nadir bumi yang ketika ini adalah bernilai berbilion ringgit, selain daripada tidak mahu melihat peluang berkenaan terlepas ke negara lain.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.