Jho Low didakwa miliki pasport Cyprus sejak 2015

Jho Low didakwa miliki pasport Cyprus sejak 2015

Menurut sebuah akhbar berbahasa Yunani di Cyprus, dia yang turut dikenali sebagai Jho Low juga dilaporkan telah meminta pembinaan sebuah rumah bernilai lima juta euro (RM23.2 juta) di pulau itu.

Ahli perniagaan yang dikehendaki, Jho Low kini didakwa memiliki pasport Cyprus. (Gambar fail)
PETALING JAYA:
Ahli perniagaan diburu, Low Taek Jho didakwa memiliki pasport Cyprus, dakwaan terbaru yang muncul sehari selepas pihak berkuasa Malaysia menolak laporan dia berada di Timur Tengah.

Menurut sebuah akhbar berbahasa Yunani di Cyprus, dia yang turut dikenali sebagai Jho Low juga dilaporkan telah meminta pembinaan sebuah rumah bernilai lima juta euro (RM23.2 juta) di pulau itu.

Laporan itu, yang diterbitkan semula oleh blog Sarawak Report, berkata Low telah memperoleh pasport melalui broker kewarganegaraan terkenal pada 2015, dan firma itu juga telah mendapatkan pasport dari pulau Caribbean St Kitts & Nevis.

Menurut laporan itu, Low tiba di Cyprus pada 18 Sept 2015 dan memperoleh pasportnya melalui majlis menteri dua hari kemudian di bawah skim pelaburan.

Laporan itu berkata vila Low akan diserahkan dalam tempoh dua bulan akan datang.

Tuntutan pasport Cyprus datang beberapa hari selepas portal The Malaysia Insight pada Khamis melaporkan, Low telah ditawarkan suaka di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan telah berulang-alik antara Timur Tengah dan Eropah sejak Jun lalu.

Bagaimanapun, Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador menyifatkan dakwaan itu tidak logik dan “dongeng” kerana orang seperti Low, yang dikehendaki disebabkan “jenayah abad ini” dalam skandal 1MDB, boleh memasuki UAE dengan mudah.

Hamid berkata, UAE mempunyai sistem keselamatan sangat ketat di lapangan terbang dan polis di sana bekerja rapat dengan rakan-rakan mereka di sini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.