Tahu siapa kawan, siapa lawan dalam politik, pesan Guan Eng

Tahu siapa kawan, siapa lawan dalam politik, pesan Guan Eng

Lim Guan Eng mengulas mengenai gerakan yang tersebar mengenai pembentukan kerajaan pintu belakang melalui rundingan dalam kalangan pemimpin politik.

Setiaausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
PETALING JAYA:
Lim Guan Eng menasihati ahli politik supaya tahu siapa kawan mereka. Nasihatnya dibuat dalam satu temubual media di mana beliau membincangkan gerakan yang tersebar mengenai pembentukan kerajaan baru pintu belakang, melalui rundingan dalam kalangan pemimpin politik.

Beliau berkata kerajaan pintu belakang seumpama itu hanya boleh berlaku melalui PPBM kerana pemimpinnya juga merupakan perdana menteri.

Dalam temubual dengan akhbar Oriental Daily di Kuala Lumpur, Lim berkata: “Dalam politik, anda perlu mendefinisi dengan jelas siapa kawan dan siapa musuh. Kerana jika kita tidak jelas tentang ini, bukan sahaja anda akan menderita, anda juga akan gagal. Ini adalah kemahiran asas kefahaman yang semua ahli politik perlu menguasainya.”

Katanya, beliau yakin Dr Mahathir Mohamad tidak akan melayani idea untuk menubuhkan “kerajaan pintu belakang” tanpa parti komponen PH seperti DAP dan Amanah, yang dikatakan sebagai langkah oleh bekas naib presiden Umno Hishammuddin Hashim.

“Di bawah keadaan DAP dan Amanah tidak ditolak PH, dan tidak semua PKR akan dikeluarkan dari PH, dan penolakan PPBM berhubung ‘kerajaan pintu belakang’, tidak akan ada ahli Parlimen yang cukup untuk kerajaan baru dibentuk,” katanya.

Beliau menolak cakap-cakap mengenai pertelagahan antara DAP dan PPBM, mengatakan ia perkara biasa dalam demokrasi apabila berlaku perselisihan pendapat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.