Cemas, pelancong ‘dihempap’ gajah liar di Thailand

Cemas, pelancong ‘dihempap’ gajah liar di Thailand

Gajah liar di Thailand seringkali keluar dari hutan selepas waktu hujan dan merentasi jalan untuk ke seberang, sekaligus ia membahayakan pelancong yang baru sahaja sampai di kawasan itu.

Seekor gajah liar berjalan merentasi seberang dan kemudiannya berbaring di atas kenderaan yang berada di situ.

Kejadian yang berlaku di Taman Negara Khao Yai di Bangkok, Thailand beberapa hari lalu begitu mencemaskan pelancong yang baru sahaja tiba di situ.

Melalui satu rakaman foto dan video gajah jantan yang dikenali sebagai Duea, 35 dilihat berbaring di atas kenderaan itu lantas pemandu tersebut bertindak memecut kenderaannya jauh dari gajah itu.

Rakaman video tersebut juga menunjukkan cermin belakang kereta pecah manakala bumbung dan bahagian badan kereta juga rosak.

Bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan.

Sementara itu dalam satu kenyataan, Taman Negara Khao Yai menyatakan gajah jantan itu kebiasaannya keluar dari hutan semasa musim hujan dan cuaca sejuk.

Malah para pelancong dan pengunjung juga dinasihatkan supaya bertindak dengan sewajarnya apabila gajah liar itu muncul.

Katanya, pemandu sepatutnya menghentikan kenderaan mereka kira-kira 30 meter daripada haiwan tersebut.

“Pemandu perlu berundur jika gajah semakin menghampiri dan jika kereta itu dikelilingi sekumpulan gajah, pemandu perlu mengalihkan kereta ke kawasan yang kurang haiwan itu.

“Jangan memberhentikan kereta untuk mengambil gambar kerana ia boleh mendatangkan bahaya kepada kenderaan dan keselamatan pemandu serta penumpang. Jangan membunyikan hon atau membuat bunyi bising, ” katanya.

Sumber : Daily Mail UK

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.