Gara-gara mementingkan ‘follower’ di youtube daripada keselamatan diri ia sebenarnya mampu mengundang padah hingga membawa maut.

Dan itulah yang berlaku terhadap seorang pendaki apabila secara tidak sengaja membuat siaran langsung detik kematiannya sewaktu berada di puncak Gunung Fuji.
Video berjudul Let’s Go to Snowy Mt. Fuji itu disiarkan menerusi platform penstriman Jepun, Niconico dan Youtube.
Lelaki yang hanya dikenali sebagai Tedzu itu kelihatan tercungap-cungap sewaktu mendaki gunung berkenaan pada tengah hari Isnin lalu.
“Saya nak cepat ke puncak. Tangan saya sejuk terketar-ketar.
“Tapi saya perlu kendalikan telefon pintar. Saya sepatutunya bawa pek pemanas badan,” ujarnya dalam rakaman itu.
Dia kemudiannya tiba di puncak sebelum kedengaran bunyi tergelincir dalam video itu sebelum ia tamat.
Penonton siaran langsung kemudiannya menghubungi polis sekitar pukul 3.43 petang, hari sama bagi memaklumkan insiden yang mereka saksikan secara langsung itu.
Menurut pihak polis rentetan itu, mereka berjaya menemui mayat pendaki itu.
Dalam pada itu, ketua pasukan penyelamat, Kuniyasu Suzuki turut memberi amaran mengenai keadaan di gunung itu.
“Membuat siaran langsung sewaktu mendaki sangat bahaya kerana ia boleh mengganggu fokus anda.
“Anda tak patut lakukannya,” ujarnya kepada pemberita.
Sumber: Daily Star
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]