Pasukan kecemasan Dubai guna kereta ‘sporty’, lengkap tabung oksigen

Pasukan kecemasan Dubai guna kereta ‘sporty’, lengkap tabung oksigen

Dubai pamer kemewahan mereka dengan menggunakan kereta canggih dan ‘sporty’ sebagai kenderaan kecemasan selain daripada ambulan.

Dubai dan Emeriah Arab Bersatu (UAE) sentiasa mempunyai cara tersendiri untuk mempamerkan kekayaan yang dimiliki mereka.

Jika sebelum ini Dubai terkenal di kalangan pelancong apabila polis memandu kereta mewah seperti Aston Martin, BMW dan beberapa lagi kereta “sporty” dan kini pasukan kecemasan mereka juga sudah memiliki kereta mewah baru.

Menurut laporan media Dubai, Perkhidmatan Ambulan atau Pasukan Kecemasan Dubai baru sahaja menerima kenderaan terbaru iaitu sebuah Nissan GT-R, Chevrolet Corvette C7 dan Range Rover.

Lebih menarik, ia bukan Corvette C7 biasa tetapi sebuah model “Grand Sport”.

Bagaimanapun kereta ini tidak mempunyai katil pengusung seperti ambulan lain, tetapi ia dilengkapi dengan peralatan CPR, tabung oksigen selain peralatan mudah alih lain untuk digunakan ketika kecemasan serta jika ada pesakit yang memerlukan bantuan.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan seperti kecemasan melibatkan masalah pernafasan serta kecederaan yang kecil.

Selain itu, perkhidmatan ambulan Dubai turut menyatakan tempoh masa bertindak mereka berjaya dikurangkan iaitu kira-kira empat hingga lapan minit daripada masa sebelum ini apabila menggunakan kereta-kereta berkelajuan tinggi dan mewah.

Mereka juga turut pernah menggunakan kereta Supercar lain seperti Ford Mustang, Dodge Challenger dan Lotus Evora.

Sumber: whatson.ae

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.