CEO: Kerajaan tidak pengaruhi keputusan pelaburan KWSP

CEO: Kerajaan tidak pengaruhi keputusan pelaburan KWSP

CEO KWSP, Tunku Alizakri Raja Muhammad Alias Beliau mengakui KWSP yang disenaraikan sebagai syarikat pelaburan berkaitan kerajaan boleh menimbulkan salah tanggapan kerajaan mungkin mempengaruhinya dari segi membuat keputusan pelaburan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tunku Alizakri Raja Muhammad Alias. (Gambar Facebook)
KUALA LUMPUR:
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tunku Alizakri Raja Muhammad Alias berkata, badan itu bebas dalam menjalankan perniagaan dan membuat keputusan pelaburan.

Beliau mengakui KWSP yang disenaraikan sebagai syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) boleh menimbulkan salah tanggapan bahawa kerajaan mungkin mempengaruhinya dari segi membuat keputusan pelaburan.

“Tidak, kerajaan tidak mempunyai pengaruh dari segi cara kami menjalankan perniagaan kami,” katanya dipetik Bernama.

Terdahulu beliau menghadiri Sidang Kemuncak Korporat Permodalan Nasional Bhd (PNB) semalam. Tunku Alizakri merupakan ahli panel pada sidang kemuncak tersebut.

Beliau berkata KWSP selama ini telah membuat banyak keputusan pelaburan untuk kebaikan ahli-ahlinya.

Tunku Alizakri turut menggesa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan penggiat swasta untuk saling melengkapi antara satu sama lain untuk kepentingan negara.

“Penggiat swasta perlu memberi tumpuan kepada menjana wang, yang merupakan kepakaran mereka. GLC perlu lebih daripada itu dalam merancang untuk tempoh jangka panjang, menyediakan infrastruktur yang sesuai untuk memastikan pertumbuhan Malaysia,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.