
Aruna Gopinath, bekas pensyarah di Universiti Pertahanan Nasional, memberitahu FMT beliau tidak bersetuju dengan sebarang cadangan bahawa pengembangan itu bermakna militerisasi Laut China Selatan dan bercanggah dengan rangka kerja dasar asing baru kerajaan.
Rangka kerja itu menyeru bukan militerisasi Laut China Selatan dan rantau ini menjadi ruang “damai, persahabatan dan perdagangan”.
Aruna berkata peningkatan kapal tentera laut dan aset lain tidak bermakna kerajaan tidak menegakkan dasar bukan militerisasi.
Bagaimanapun, katanya, “Tidak ada negara yang mahu konflik berlaku terlebih dahulu dan untuk menampung sebarang keperluan selepas ia mungkin terlambat. Penilaian Saifuddin boleh diterima.”
Semasa sesi soal jawab di Dewan Rakyat baru-baru ini, Saifuddin berkata Malaysia perlu bersedia untuk menghadapi apa-apa konflik antara kuasa utama di rantau ini.
“Kita tidak mahu ia berlaku, tetapi aset kita perlu ditingkatkan supaya kita dapat menguruskan perairan kita dengan lebih baik,” katanya.
Beliau mendedahkan Malaysia meletakkan kapal untuk menjaga perairan tetapi mengatakan ia lebih kecil berbanding kapal yang dimiliki negara lain.
Beliau juga berkata kapal perang China dan AS berada di perairan dengan jarak di bawah 50km tahun lalu.
Malaysia melakukan pemantauan lebih dekat, katanya.
Aruna berkata Malaysia perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan permusuhan dari China, tetapi menambah sebarang pengembangan tentera laut akan menjadi sia-sia tanpa kemudahan terkini pada kapal, seperti kemudahan untuk kapal terbang berlepas dan mendarat.
Beliau berkata kapal perang Malaysia sepatutnya sepadan dengan kapal negara Asia Tenggara yang lain, dengan memberi contoh negara seperti Indonesia dan Vietnam yang mempunyai armada yang lebih besar dengan kemudahan yang lebih baik.
Beliau menambah sumber manusia juga harus dilengkapi dengan kemahiran dan pengetahuan terkini.
Beliau juga menyeru gabungan tentera dalam kalangan negara Asean di Laut China Selatan.
“Kita perlu mempunyai sejenis konsensus bahawa kita akan bekerjasama di rantau ini untuk mengelakkan apa-apa dari negara lain – katakan Amerika Syarikat atau China – daripada masuk ke perairan kita,” katanya.
Beliau menambah beliau percaya tidak ada pertikaian serius di rantau ini jika setiap negara “tahu batasan dan hadnya”.