Guan Eng enggan ulas komik kontroversi

Guan Eng enggan ulas komik kontroversi

Lim Guan Eng khuatir ia menganggu siasatan polis terhadap penulis komik, Hew Kuan Yew.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng
KUALA LUMPUR:
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menjauhkan diri daripada memberi kenyataan berhubung dakwaan beliau terlibat dengan penerbitan komik kontroversi “Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama”.

Ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini, Lim berkata beliau tidak mahu memberikan sebarang ulasan, dikhuatiri mengganggu siasatan polis terhadap penulis buku komik itu, Hew Kuan Yew.

“Boleh saya kekal di situ? Itu sahaja saya mahu komen,” katanya buat kali pertama kepada media mengenai isu tersebut.

Ditanya sama ada beliau benar-benar menulis prakata bagi komik terbabit, Lim tidak menafikannya.

“Awak tak boleh baca ke?” kata beliau kepada pemberita.

Terdahulu, komik yang diedarkan ke sekolah itu didakwa menyebarkan propaganda. Sehingga minggu lalu, Kementerian Dalam Negeri mengesahkan komik berkenaan sah mengandungi unsur penyebaran komunisme dan sosialisme.

Menterinya, Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata laporan awal oleh bahagian keselamatan kementerian itu mendapati terdapat perkara yang tidak betul dalam komik berkenaan, sekali gus wajar untuk tindakan tegas dikenakan terhadap mereka yang menerbit dan mengedarkan komik tersebut.

Seramai tiga individu dipanggil ke Bukit Aman untuk memberikan keterangan mengenai penghasilan, pencetakan dan penerbitan komik berkenaan.

Mereka yang dipanggil termasuklah Hew dan dua lagi yang dikatakan terlibat dalam proses penerbitan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.