Dasar Automotif Nasional dikemuka ke Kabinet minggu depan

Dasar Automotif Nasional dikemuka ke Kabinet minggu depan

Menteri Darell Leiking berkata orang ramai berpeluang menyemak dan meneliti dasar tersebut selepas kelulusan Kabinet.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Darell Leiking.
KUALA LUMPUR:
Dasar Automotif Nasional (NAP) 2019 dijangka dikemukakan kepada Kabinet minggu depan untuk kelulusan bagi membolehkan dasar baru itu dilancarkan menjelang akhir tahun ini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Darell Leiking berkata orang ramai berpeluang menyemak dan meneliti dasar tersebut selepas Kabinet memberi kelulusan.

“Lebih penting ialah usaha sedang dijalankan kerana kita mahu menambah banyak perkara.

“Seperti anda lihat setiap hari, jika bukan minggu atau bulan, sesuatu yang baru akan wujud dan kita juga perlu menyesuai dengannya,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Sidang Kemuncak Industry4WRD hari ini.

Acara itu diadakan sempena setahun pelaksanaan Dasar Kebangsaan mengenai Industri 4.0 (Industry4WRD).

Beliau berkata draf NAP baru itu telah dimuktamadkan.

“Jangan melihat kepada masa yang diambil, tetapi lihat kepada kandungannya itu lebih penting,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif, Robotik dan Objek Rangkaian Internet (IoT) Malaysia (MARii) Madani Sahari pada September berkata NAP akan dilaksanakan mengikut tiga fasa sehingga 2030 dan merangkumi usaha menjadikan Malaysia sebagai pembuat kenderaan hibrid dan cekap tenaga (EEV).

Beliau berkata fasa pertama NAP dijangka bermula sehingga 2023 atau 2024.

Mengikut NAP 2019, MARii juga akan mengalihkan tumpuannya kepada kenderaan generasi akan datang (NxGV) daripada EEV.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.