5 filem seram di Asia paling diminati

5 filem seram di Asia paling diminati

Bukan semua orang meminati filem seram, namun filem genre ini mempunyai plot penceritaan yang menarik malah mendebarkan.

Setiap kali bercakap tentang filem seram, pasti akan mengingatkan kita pada hari Halloween pada 31 Oktober setiap tahun.

Dan pada waktu yang sama anda pasti akan teringat pada filem-filem seram yang popular di Asia.

Tidak dinafikan setiap kali tibanya bulan Oktober pasti semua stesen TV akan berlumba-lumba untuk menayangkan filem-filem seram yang boleh dikatakan “evergreen” sepanjang hayat.

1. Munafik

Mengisahkan mengenai seorang pengamal perubatan Islam yang tidak dapat menerima kematian isterinya.

Selepas bertemu dengan seorang wanita, peristiwa pelik mulai menghantui dirinya.

Filem terbitan Malaysia ini telah ditayangkan kepada umum pada 25 Februari 2016 dan pada 5 Oktober 2016 di Indonesia.

Filem ini merupakan filem tempatan dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman iaitu sebanyak RM17.04 juta sekaligus menjadikan Munafik sebagai filem Malaysia paling laris pada tahun 2016.

2. Pengabdi Setan

Ia menceritakan sebuah keluarga yang ibunya mengalami penyakit pelik selama 3 tahun.

Ibu itu tidak dapat bertahan dan akhirnya mati. Ibu yang mati itu kemudiannya pulang ke rumah untuk mengambil anak-anaknya.

Sehingga 7 November 2017, filem itu telah disaksikan oleh 4,100,468 penonton wayang, menjadikan Pengabdi Setan sebagai filem Indonesia paling laris 2017.

Filem ini ditayangkan di 42 negara termasuk Malaysia.

3. Pee Mak

Pee Mak adalah sebuah filem Thailand mengenai cinta tetapi berunsurkan seram dan komedi.

Cerita ini diadaptasi daripada filem Mae Nak Phra Khanong iaitu cerita lagenda rakyat Thai.

Filem ini telah ditayangkan pada 28 Mac, 2013.

4. Ringu

Merupakan sebuah filem seram yang diadaptasi daripada novel karya Koji Suzuki.

The Ring menceritakan sebuah filem dimana siapa sahaja yang menontonnya akan mati dengan cara misteri dalam masa tujuh hari.

Lebih menyeramkan penonton, hantu ini akan keluar dari dalam televisyen!

5. Train to busan

Ia sebuah filem seram Korea Selatan tahun 2016 yang popular, menceritakan seorang ayah yang membawa anaknya melawat Ibunya di Busan.

Namun sebelum berlepas dari Stesen Seoul, seorang wanita dengan luka gigitan di kakinya menaiki keretapi tersebut.

Wanita itu kemudiannya bertukar menjadi zombi dan menyerang seorang pekerja keretapi yang kemudiannya juga bertukar menjadi zombi.

Jangkitan itu merebak dengan pantas di dalam keretapi tersebut. Seok-woo, Soo-an dan penumpang-penumpang lain perlu menyelamatkan nyawa mereka di dalam keretapi yang bergerak itu.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.