Iraq gantung siaran TV Saudi, 15 lagi maut protes antikerajaan

Iraq gantung siaran TV Saudi, 15 lagi maut protes antikerajaan

Sekurang-kurangnya 67 rakyat Iraq terbunuh dalam rusuhan sejak Jumaat.

Protes antikerajaan di Iraq masuk gelombang kedua sejak Jumaat lalu. (Gambar Reuters)
BAGHDAD:
Iraq menggantung stesen televisyen Arab Saudi Al-Hadath TV dan Al Arabiya, lapor Al-Hadath semalam, di tengah-tengah protes antikerajaan gelombang kedua, menyaksikan lebih 60 orang terbunuh dalam pertempuran sepanjang dua hari dengan pasukan keselamatan dan kumpulan militia .

“Kerajaan Iraq menggantung siaran Al-Hadath dan Al Arabiya,” kata Al-Hadath TV dalam siaran berita berkaitan protes itu.

Sekurang-kurangnya 67 rakyat Iraq terbunuh sejak Jumaat.

Seramai 52 orang terbunuh di seluruh negara pada hari Jumaat, dan lebih daripada 2,000 lagi cedera.

Pertumpahan darah terbaru adalah keganasan gelombang kedua bulan ini. Awal bulan ini, seramai 157 orang terbunuh dan lebih 6,000 cedera dalam pertempuran lain antara penunjuk perasaan dan pasukan keselamatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.