
Maurice Robinson, 25, dari Ireland Utara, menghadapi sebanyak 39 tuduhan membunuh, konspirasi menyeludup orang awam dan kemasukan secara tidak sah serta pengubahan wang haram, kata polis.
Robinson ditahan sebaik mayat ditemui dalam kontena trak di Purfleet, muara Sungai Thames di sini selepas tiba dari sebuah feri pelabuhan Belgium di Zeebrugge awal Rabu lalu.
Dia akan dihadapkan di mahkamah esok, kata polis Essex.
Tiga lagi telah ditahan di Britain berkaitan dengan siasatan kerana disyaki berkonspirasi menyeludup orang awam dan membunuh. Mereka masih dalam tahanan polis.
Mereka termasuklah seorang lelaki dan seorang wanita masing-masing berusia 38 tahun dari Warrington, barat laut England, dilaporkan pasangan. Wanita itu dilaporkan pemilik sah trak tersebut.
Seorang lelaki berusia 48 tahun dari Ireland Utara juga ditahan.
Semalam, polis Ireland mengumumkan satu lagi penangkapan di pelabuhan Dublin iaitu seorang lelaki di awal 20-an dari Ireland Utara.