9 makanan mengandungi kanser mungkin anda tidak tahu!

9 makanan mengandungi kanser mungkin anda tidak tahu!

Terdapat beberapa makanan yang sebenarnya mempunyai kanser dan membahayakan kesihatan.

Kadang-kala kita tidak pernah tahu makanan yang kita makan setiap hari cenderung kearah penyebab kanser.

Maka, anda akan makan setiap hari tanpa rasa jemu kerana mungkin makanan tersebut sering menjadi pembuka selera anda.

Awas! terdapat beberapa makanan yang hampir dengan kita sebenarnya adalah penyebab kanser sekaligus menjejaskan kesihatan diri.

1. Popcorn dari microwave

Anda mungkin menjadikan ia sebagai kudap-kudapan waktu anda bosan, namun tahukan anda yang ia mengandungi kimia toksin diacetyl?

Kimia ini boleh menyebabkan kanser paru-paru dan “microwave” sebenarnya tidak bagus untuk kesihatan anda! terdapat kajian mengaitkan “microwave” akan menjejaskan masalah kesuburan, kanser hati, testikal dan pankreas.

2. Organisma yang diubah suai secara genetik (GMO)

Organisma yang diubai suai secara genetik akan terlibat dengan kimia. Kimia ini terbukti bahawa tumor boleh membesar dengan lebih cepat.

Sekarang, banyak makanan boleh dikategori dalam GMO. Anda pun mungkin tidak tahu yang anda sering memakannya!

Contohnya, jagung konvensional, kacang soya, buah-buahan yang diubah secara genetik dan daging.

Cara terbaik? Pilih bahan organik dan tanaman yang ditanam tanpa bioteknologi.

3. Daging proses

Daging proses seperti “bacon” dan sosej mengandungi bahan pengawet kimia.

Sebab itu anda nampak ia macam sedap dan sentiasa segar bukan? Sebenarnya daging proses mempunyai natrium nitrat dan natrium nitrit.

Kedua-duanya boleh mengakibatkan kanser, usus rosak dan banyak kanser lain.

Cara terbaik: Beli daging dari ladang.

4. Diet coke

Kajian terbaru dari Pihak Berkuasa Keselamatan Pemakanan Eropah (EFSA) pula membuktikan pemanis tiruan dalam air tin mengandungi “aspartame”, “sucralose” dan “saccharin” yang menyebabkan kanser!

5. Tepung putih halus

Kajian yang diterbitkan Journal Cancer Epidemiology, Mile Markers dan Prevention membuktikan tepung boleh jadi penyebab kanser payudara!

Makanan yang dihasilkan dari tepung juga boleh menyebabkan peningkatan kadar gula dalam badan.

6. Gula halus

Makin tinggi insulin, makin cepat sel kanser tumbuh.

Pemanis yang kaya dengan fruktosa macam sirap jagung ada gula yang banyak. Contoh lain seperti “cookies”, kek, pai, jus dan sirap.

7. Buah-buahan di kedai

Selalunya, buah-buahan yang dibeli di kedai telah tercemar dengan racun perosak. Racun perosak menyebabkan kanser.

Penyelesaian terbaik? Beli dekat kedai yang disahkan organik.

8. Salmon yang dibela

Pengarah Institut Kesihatan dan Alam Sekitar di Universiti Albany, Dr David Carpenter berkata salmon yang dibela tak sama seperti salmon yang ditangkap.

Salmon ini kurang vitamin D, telah tercemar dengan kimia seperti PCB, racun perosak, penebat api, dan antibiotik.

9. Air tin

Air tin mengandungi gula, bahan kimia makanan dan pewarna yang merosakkan badan.

Malah, ia menggalakkan pembesaran sel kanser yang ada dalam badan kita!

Sumber: theasianparent.com

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.