5 kereta polis paling ‘ohsem’ di dunia

5 kereta polis paling ‘ohsem’ di dunia

Kereta polis memainkan peranan besar dalam organisasi itu memandangkan ia berdepan dengan penjenayah dan mereka yang langgar undang-undang.

Selalunya bila kita tengok kereta-kereta polis, mesti anda akan perasan yang kereta peronda mereka semua sama sahaja.

Namun disebabkan zaman sekarang kereta orang awam juga sudah semakin laju, jadi amat wajar jika kereta peronda juga perlu dinaik taraf.

Ada beberapa buah negara yang mengambil keputusan untuk naik taraf kereta peronda mereka dan meletakkan kereta paling laju yang ada di pasaran.

Austria

Kereta peronda yang negara Austria gunakan sememangnya kena dengan mereka sebab menggunakan Porsche Carrera 911.

Kereta ini sebenarnya telah dipinjamkan oleh Porsche kepada jabatan polis Austria.

Kereta ini mempunyai kelajuan sehingga 299km/j.

Menurut Pengarah Keselamatan Awam Austria, sejak mereka menggunakan kereta peronda Porsche Carrera 911, ramai rakyat mereka takut untuk memandu melebihi had laju.

Australia

Bagi negara Australia pula, mereka memilih untuk menggunakan kereta yang serba canggih dan lebih maju iaitu Tesla Model X!

Pihak Tesla telah bekerjasama dengan polis Australia bagi memastikan kereta Tesla Model X ini sesuai untuk digunakan oleh mereka.

Kereta ini telah diubahsuai dan beberapa cip komputer yang digunakan untuk kereta peronda ini telah ditukar dengan cip komputer yang lebih sesuai untuk digunakan pada kereta polis peronda.

Sebagai contoh screen pada Tesla Model X ini telah disambungkan terus kepada Ibu Pejabat Polis Victoria, Australia.

Itali

Untuk Itali, mereka menggunakan kereta Lamborghini Gallardo.

Selain Itali, terdapat beberapa negara lain yang menggunakan kereta Lamborghini Gallardo seperti London dan juga Afrika Selatan.

Tapi di Itali, kereta ini terpaksa dipulangkan kembali disebabkan terdapat beberapa kes yang mana pihak polis telah terlanggar orang awam akibat tak biasa lagi memandu kereta yang serba mewah dan laju ini.

Sebelum ini pihak polis Itali cuma menggunakan kereta ini pada masa kecemasan sahaja seperti “organ transportation”.

Dubai

Bila bercakap tentang Dubai, sudah tentu negara yang kaya raya ini akan menggunakan kereta polis peronda yang lebih laju dan lebih mahal daripada negara lain.

Disebabkan itu, polis disana akan meronda dengan membawa Bugatti Veyron!

Kereta Bugatti Veyron ini dikatakan bernilai AS$4 juta dan kereta ini telah dinobatkan sebagai kereta polis peronda paling laju di dunia iaitu dengan kelajuan 407km/j!

Satu lagi fakta menarik tentang kereta polis peronda Dubai ini adalah selalunya dipandu oleh polis wanita!

England

Anda pernah tengok movie Batman: The Dark Knight?

Jika anda perasan dalam filem tersebut, Bruce Wayne ada menggunakan kereta Lamborghini Murcielago.

Dan mungkin atas faktor itu negara England mengambil keputusan untuk menggunakan kereta Lamborghini Murcielago sebagai kereta polis peronda mereka.

Bagi anda yang tak tahu, nama Murcielago sebenarnya berasal daripada bahasa Sepanyol yang bermaksud Bat ataupun Kelawar.

Kereta ini dilaporkan bernilai AS$380,000 sebuah.

Kereta ini juga menggunakan enjin jenis V9 dan boleh mencecah kelajuan sehingga 320km/j!

Sumber: thelaki.com.my

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.