The Rock dipaksa main masak-masak dengan anak!

The Rock dipaksa main masak-masak dengan anak!

Setiap ibu bapa pasti akan 'kalah' apabila anak kecil mahukan kita menuruti sesuatu hasratnya dan anda akan berusaha untuk memenuhinya.

Dengan karakter lengan bertatu dan berbadan sasa, semua pasti mengenali ahli gusti WWE terkenal satu ketika dulu iaitu “The Rock”.

Beliau kemudiannya beralih ke bidang lakonan dangan aksi yang lebih mantap dalam filem Hollywood “Fast and Furious” menjadikan nama The Rock semakin dikenali ramai.

Namun pemilik nama sebenar, Dwayne Douglas Johnson ini juga dilihat seorang “familyman” apabila rajin melayan keletah anak perempuannya sehingga dipaksa untuk main masak-masak!

Gambar itu dimuat turun dalam laman sosial Instagramnya sendiri dimana The Rock telah berpura-pura minum di dalam gelas permainan anaknya yang leka bermain permainan alatan memasak di hadapannya.

Tiada alasan lain yang boleh diberikan, The Rock hanya perlu patuh pada semua arahan yang diberi anak kecilnya untuk turut main bersamanya.

Menerusi kapsyennya juga, pelakon itu juga turut meletakkan hashtag berharap agar kerusi kecil yang didudukinya dilindungi tuhan kerana tidak sesuai dengan fizikalnya yang sasa.

Ini sekaligus memberi gambaran, tidak kira The Rock atau mana-mana ibu bapa sekalipun, tetap akan kalah pada sesuatu perkara apatah lagi ia melibatkan anak-anak.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.