Jepun dilanda bencana ke-2 dalam 2 minggu, 10 mati akibat hujan lebat

Jepun dilanda bencana ke-2 dalam 2 minggu, 10 mati akibat hujan lebat

Perintah dan nasihat untuk berpindah dikeluarkan di sepanjang koridor utara, yang dilanda dua taufan bulan lalu. Bandar Ushiku di Chiba menerima 283.5mm hujan dalam tempoh 12 jam.

Hujan lebat mengakibatkan banjir dan lumpur di timur Jepun hanya dua minggu selepas kerosakan diakibatkan oleh taufan paling buruk. (Gambar AP)
TOKYO:
Jumlah kematian akibat hujan lebat yang mengakibatkan banjir dan lumpur di timur Jepun meningkat kepada 10 orang hari ini, dengan tiga lagi hilang, lapor NHK, hanya dua minggu selepas kerosakan diakibatkan oleh taufan paling buruk.

Semalam, tanah runtuh berlaku di kawasan-kawasan dinaiki air di wilayah Chiba dan Fukushima, timur dan timur laut Jepun, yang dibanjiri akibat hujan lebat ketiga dalam enam minggu.

Di beberapa tempat, hujan satu bulan turun dalam 12 jam akibat sistem tekanan rendah.

Perintah dan nasihat untuk berpindah dikeluarkan di sepanjang koridor utara, yang telah dilanda dua taufan bulan lalu. Bandar Ushiku di Chiba menerima 283.5mm hujan dalam tempoh 12 jam.

Walaupun ribut telah beralih dari Jepun hari ini, beratus-ratus penduduk masih berada di pusat pemindahan dan beberapa perkhidmatan kereta api dan bas masih digantung.

Hujan lebat juga memaksa beberapa jalan ditutup dan sekitar 4,700 isi rumah di Chiba masih tidak ada air , lapor stesen penyiar awam.

Perdana Menteri Shinzo Abe mengadakan perbincangan dengan pasukan petugas bencana hari ini, menggesa usaha menyelamat dan bantuan diberikan selain menilai kerosakan.

Pihak berkuasa memberi amaran tentang kemungkinan tanah runtuh dan banjir, terutama di kawasan dilanda taufan Hagibis, tengah dan timur Jepun dengan hujan lebat dan angin kencang.

Taufan itu mengorbankan sekurang-kurangnya 88 orang, dengan tujuh lagi masih hilang dan lebih 300 cedera.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.