
“Ahli akademik ini membisu ketika rasuah berpuluh-puluh bilion ringgit. Jadi hendak dengar apa yang dia kata, boleh, tetapi bila rasuah banyak, dia diam.
“Sekarang ini cakap negara tidak terkawal. Sepatutnya beliau bicarakan apakah yang kita (pemimpin PH) patut lakukan,” katanya dalam program Seminar Pembinaan Bangsa Malaysia, hari ini.
Anwar berkata demikian menjawab kenyataan penganalisis dasar awam Lim Teck Ghee yang menyifatkan Malaysia di bawah kerajaan PH sebagai “bencana yang tidak terkawal’.

Bercakap dalam forum “Whiter Maruah Malaysia 2.0”, Lim berkata, kekecewaan terhadap pentadbiran kerajaan hari ini semakin meluas.
Lim berkata, isu pendidikan, tadbir urus, hubungan kaum, hubungan agama, kegagalan Icerd, Dr Zakir Naik, Kongres Maruah Melayu dan banyak lagi merupakan senarai kekecewaan dan kegagalan politik kerajaan PH.
Semalam, Ketua Wanita PH Zuraida Kamaruddin turut mengkritik kenyataan Lim dengan berkata, ia dibuat tanpa pertimbangan bahawa PH baru mengambil tampuk pentadbiran selama satu tahun lima bulan daripada kerajaan BN.