Anuar Tahir stabil, tidak perlu pembedahan

Anuar Tahir stabil, tidak perlu pembedahan

Setiausaha Sulit Kanannya, Muhamad Maznillah Muhammad berkata setiausaha agung Amanah itu dinasihatkan oleh doktor supaya mendapatkan rehat secukupnya.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd Anuar Mohd Tahir masih di hospital dan dikatakan dalam keadaan stabil.
KUALA LUMPUR:
Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd Anuar Mohd Tahir yang dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas dilaporkan pengsan semalam, kini berada dalam keadaan stabil.

Setiausaha Sulit Kanannya, Muhamad Maznillah Muhammad berkata setiausaha agung Amanah itu dinasihatkan oleh doktor supaya mendapatkan rehat secukupnya.

“Beliau masih di hospital dan dalam keadaan stabil. Beliau boleh bercakap seperti biasa dan tidak mengalami sebarang masalah atau apa-apa komplikasi.

“Buat masa ini doktor belum memaklumkan bila beliau boleh keluar wad,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Beliau juga mengesahkan ahli Parlimen Temerloh itu tidak perlu menjalani sebarang pembedahan.

Semalam, media melaporkan Mohd Anuar dikejarkan ke HKL selepas beliau pengsan dan dikatakan mengalami pendarahan otak tetapi doktor memutuskan bahawa tiada sebarang pembedahan perlu dijalankan ketika ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.