Jika ingin membeli kereta mewah, pastikan anda mempunyai wang yang mencukupi kerana secara ringkasnya bukan semua orang mampu memiliki kereta tersebut.

Apatah lagi seorang pengemis yang umum mengetahui mereka memang tidak berkemampuan untuk membelinya.
Namun baru-baru ini tular di laman sosial apabila seorang pengemis datang ke kedai pameran kereta mewah untuk membeli antara kereta yang dipamerkan di situ.
Malah lebih pelik apabila kehadirannya itu membawa bungkusan duit syiling yang banyak konon untuk membeli kereta mewah berwarna kuning.
Jurujual menjadi panik dan menyatakan kereta tersebut sudah ada pemiliknya.
Tetapi dia berkeras dan mula membuka kereta tersebut dan membuat perlakuan pelik hingga membuatkan jurujual itu takut.
Namun akhirnya jurujual tersebut dapat menghidu yang pengemis itu merupakan “Youtuber” Indonesia terkenal, Ria Ricis.
“Tunggu… Ini Ria Ricis ya,” kata jurujual tersebut.
“Gagal, gagal… Sebab tahu,” kata Ria Ricis dengan diiringi ketawa.
Dan sebenarnya, kereta itu sudah dibeli Ria Ricis buat dirinya sendiri, namun tampil dengan wajah yang sangat comot seperti pengemis.
Sumber : Agensi
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]