Puteri bongsu Tunku Azizah ‘hantu’ burger keju

Puteri bongsu Tunku Azizah ‘hantu’ burger keju

Gara-gara tweet hanya dapat roti dan keju dari restoran makanan segera, Tunku Azizah ‘usik’ akan buka restoran McJihan khas untuk puteri bongsunya.

“Tolong janganlah marah sangat kat McD. Bukan salah mereka. Dalam banyak-banyak tu adalah yang terkurang.”

Itulah luahan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang meminta orang ramai supaya berhenti mengecam kesilapan dilakukan sebuah restoran makanan segera terhadap pesanan puteri bongsunya, Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah baru-baru ini.

“Jihan memang suka sangat makan McD. Setiap hari beli McD. Nama dia pun saya sudah tukar… McJihan!” kata Tunku Azizah.

Tweet kelakar Tunku Azizah itu ternyata mencuit hati netizen.

“Ampun Tuanku, awat lawak sangat la ni?” kata Umirah.

“Kami tak marah cuma kami bantu @McDMalaysia memperbaiki mutu dan kualiti yang diharapkan,” kata Akukaya.

Dalam pada itu, Tunku Azizah dalam tweet susulannya berkata; nanti saya buka kedai dan jual burger McJihan!

Tweet tersebut mendapat 2,600 ulang kicau dan 8,500 tanda suka.

Rata-rata netizen setuju dengan tweet tersebut.

Malah Puteri Jihan turut meninggalkan emoji suka pada tweet berkenaan.

Posting Puteri Jihan mengenai burger dipesannya menjadi tular di Twitter.

Tunku Azizah turut memuatnaik gambar burger “McJihan” hasil air tangan baginda di Twitternya.

Gambar tersebut turut mendapat 2,200 tanda suka.

“Aduh lapar terus pepagi ni tengok burger McJihan Tuanku,” tulis AzmIsm.

“Open order tak ni. Teringin nak rasa resepi Tuanku,” kata Imtiyaz.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.