
Lelaki itu mengaku terhadap 28 pertuduhan mencuri.
Hukuman itu dijalankan di bandar Sari pada Rabu, kata jabatan keadilan wilayah Mazandaran.
Dalam satu kenyataan menerusi laman webnya, jabatan itu berkata, “pencuri profesional” itu telah terlibat dalam kes mencuri di dan sekitar Mahmoudabad, sebuah bandar di Laut Kaspia.
Bagaimanapun identiti lelaki itu tidak didedahkan.
Kumpulan hak asasi Amnesty International mengecam hukuman memotong tangan itu.
“Tindakan memotong tangan individu bukan satu keadilan. Ini satu bentuk serangan mengerikan terhadap maruah manusia,” kata Saleh Higazi, Timbalan Pengarah Amnesty untuk Timur Tengah dan Afrika Utara.
“Pembaharuan terhadap kanun keseksaan Iran untuk mengakhiri amalan keterlaluan ini sudah lama tertangguh,” kata beliau dalam kenyataan.
Di bawah undang-undang Islam Iran, amputasi dibenarkan bagi jenayah seperti kecurian.
Ada beberapa kes amputasi yang dilaporkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.